Powered by Bravenet Bravenet Blog

Kenangan Silam

journal photo

Subscribe to Journal

Friday, July 7th 2006

8:59 AM

ALHAMDULILLAH.... OLD BLOG DAH OKAY !!!!!!

Assalamualaikum....Salam Sejahtera

KEMBALI SEMULA MELAYARI LAMAN WEB INI...

http://anlasim.bravejournal.com

TERIMA KASIH ATAS SEMUA SOKONGAN ANDA SEMUA

0 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Friday, July 7th 2006

8:26 AM

......................................???? ALFATEHAH....

  • Mood:

Pagi lagi handphone aku dah berbunyi......mulanya kusangkakan alarm yang menjerit. Bila tengokkan jam, awal sangat lagi... tapi, aku gagahkan juga mata tengok-tengokkan handphone tu, kot-kot ada mesej penting....

Rupanya dari kakak ipar aku di Pasir Gudang. Terus aku call balik, untuk dapatkan pengesahan. Innalillahiwainalillahirajiun..... Aku terima berita pemergian ibu kepada abang-abangku ke rahmatullah tepat jam 3.30 pagi tadi. Aku tahu bagaimana rasanya kehilangan ibu..... dan aku tahu bagaimana rasanya menerima berita tu secara mengejut....

Aku terus maklumkan kat semua adik-adikku yang lain. Walaupun kami tidaklah serapat mana sebagaimana rapatnya arwah ibuku dengan abang-abang aku tu...tapi, arwah mak leha (gelaran yang kami panggil) tetap keluarga kami, keluarga yang aku sayang. Kali terakhir aku jumpa arwah, ketika abang long aku jalani pembedahan selepas kemalangan tempohari. Hampir setahun yang lalu... dan aku baru je berhubung dengan angah beberapa hari yang lepas....tak pulak dia beritau apa-apa. Rupanya arwah mak leha dimasukkan ke hospital Tampin 4 hari yang lalu akibat athmatic... tapi dipindahkan ke Hospital Melaka kelmarin.

InsyaAllah, hari ni aku akan balik kampung menziarah. Aku tau....along aku mungkin dalam keadaan yang paling sedih ketika ini....sebab dia baru saja kehilangan anak tunggalnya....dan kini ibunya pula. Namun itulah ketentuan Tuhan, yang harus diterima.....Hari kita tak tahu bila, yang pasti....hari itu tetap akan datang.

Moga kita semua sentiasa dalam keinsafan.

Wallahualam.

47 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Wednesday, July 5th 2006

11:57 AM

Tak Tumbuh Tak Melata........

Tak Tumbuh Tak Melata

Tak Sungguh Orang Tak Kata

 

Pepatah tu bunyinya macam dah lapuk...... dah berkurun orang gunakan, menunjukkan kebenaran sesuatu situasi dan keadaan...... Menunjukkan sesuatu benda yang benar-benar berlaku. Membayangkan SATU KENYATAAN!!!!!!

Orang Takkan Kata Datuk K tu ada apa-apa hubungan dengan Siti Nurhaliza, kalau ia bukan SATU KENYATAAN,

Orang Takkan Kata kebanyakan harga barang tu naik disebabkan harga minyak naik, kalau ia bukan SATU KENYATAAN,

Orang Takkan Kata MERCEDEZ tu sebuah kereta idaman kebanyakan orang, kalau ia bukan SATU KENYATAAN,

Orang Takkan Kata makan gaji tu seronok tapi tang tension dan pressure tu, ibarat curah petrol ke muka sendiri.......kalau ia bukan SATU KENYATAAN,

Orang Takkan Kata nikmatnya hidup kalau bebas dari hutang piutang, kalau itu bukan SATU KENYATAAN,

Orang Takkan Kata Dengan hanya sekeping VCD, ramai engineer dah letak jawatan  kerana menjadi penjual susu yang berpendapatan 5 angka sebulan, kalau itu bukan SATU KENYATAAN

dan............

Orang Takkan Kata SMART SUCCESS TEAM tu bakal mencipta sejarah dan menggegarkan dunia IgG Plus seantero Malaysia, Brunei, Singapore dan Indonesia......kalau itu bukan SATU KENYATAAN !!!!!!!

Maka rugilah pada mereka yang masih tidak nampak atau masih ketinggalan dengan KENYATAAN LUBUK REZEKI ini.....

Kalau anda sudah bersedia dengan SATU KENYATAAN bahawa anda juga bakal menggegarkan dunia IgG Plus ni bersama kami di SST.......inilah masanya (klik kat sini)...

66 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Tuesday, July 4th 2006

1:57 AM

Pasang Surut Kehidupan

  • Mood:

WAJAH SIAPAKAH INI.....????

Itulah Lumrah Alam.......Kita sering dikelilingi dengan Emosi. Ada masa happy, ada masa sedih, ada masa marah, ada masa sepi......dan seribu satu macam perasaan lagi...

Sejak semalam lagi, kesabaran aku benar-benar diuji.....namun aku tau, semakin aku melayan Emosi, kita tak mungkin dapat ke mana-mana dan tidak mungkin dapat mengundang SATU PENYELESAIAN....

Semalam, buat pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku ke imigresen untuk membuat International Passport. First Time Ever In Life........Tak pernah aku mimpikan yang aku akan akhirnya diberi juga rezeki untuk menjelajah ke negara orang sebegini.....Dulu, aku selalu juga ke Singapore dan Thailand...samada menggunakan passport terhad ataupun pas sempadan.....Tapi, kali ini...siapa sangka hanya kerana IgG Plus....aku mampu pergi sebegini jauh...

Tapi dalam keghairahan nak buat passport tu, macam2 halangan yang menguji Emosi aku. Kalau nak diikutkan, akulah orang pertama yang sampai kat imigresen tu, kononnya nak kejar masa. Dah janji dengan anak-anakku pergi ke sekolah mereka awal sikit.....sesi berjumpa dengan guru pasal report card. Tapi malangnya, sistem offline pulak.....jadi terpaksalah tunggu. Nak ditangguh, risau pulak, kot-kot ada masalah last minute....padahal benda lain kami dah uruskan. Tinggal passport je.

Tunggu punya tunggu....hampir 2 jam. Aku cuba juga mintak no. giliran tapi mereka tak boleh bagi...bayangkan ler, orang makin ramai, tapi no. giliran tak dikeluarkan lagi. Bila sistem dah okay, berebut-rebutlah orang mendapatkan no. giliran. Tak ke haru dibuatnya. Kesian pulak aku tengok yang mana agak berumur tu....terkial-kial lah dicelah-celah orang yang berebut-rebut....Kalau ikutkan emosi aku, nak je aku jeritkan kat mana-mana umat yang tak bertimbangrasa tu...tapi, apa daya aku. Nanti kang, terkujat beruk lak, bila dengar suara lantang aku. So, pendam je lah kat hati.

Banyak juga masa terbuang kat situ, tapi sempatlah juga tegur member yang duduk kat sebelah.... apalagi pasal susu la. Boleh tahan juga, kat SP ni kalau nak ikutkan ramai lagi yang tak tahu pasal Igg Plus ni selain dari khasiatnya.....mereka cuma tau IgG Plus tu lebih kurang macam ubat....tak sangka boleh buat bisnes juga....so, sambil borak2 sempatlah explain apa yang patut walaupun member tu dah sign-up lama dah....syorkan pada dia, kalau nak buat biz, boleh jengok blog aku....(walaupun aku tak sangka blog aku sebenarnya kena blocked!!!)

Lepas tu berkejar pulak ke sekolah anak aku....muka masing-masing dah macam cuka...Cuma anak kedua aku je yang ada peningkatan dalam examnya....dua lagi anak aku tu, jatuh sikit. Mungkin salah aku juga....kurang sikit penumpuan pada mereka sejak akhir-akhir ni. Sempat juga, tengok-tengokkan adik-adik ipar aku...dah tanggungjawab aku ler jugak. Hubby aku nampak tak berapa seronok, bila tengokkan result masing-masing..... walaupun dia cuba tunjukkan dalam keadaan tenang...

Balik masa makan..... hubby aku bagi amaran kat anak-anak.....kena denda sekali pulak tu. Walaupun tak berapa setuju , tapi biasalah....aku kenalah sokong juga, supaya anak-anak aku tu timbul rasa hormat pada keputusan abah depa. No tv, no outside evening activity, no holiday sampai ler next exam.... kesiannya aku tengok riak muka masing-masing.....

So, malam tu rumah akupun sunyi je bagai rumah tak berpenghuni....masing-masing dengan buku, tak tau lah aku samada betul-betul study, atau nak ambik hati abah depa tu....

Okay.....stop dulu story tu. Apa yang aku nak sebut hari ni berkaitan dengan EMOSI NI....

 

DI MANAKAH ANDA LETAKKAN EMOSI ANDA DALAM BIZ INI???

Emosi ketika anda menerima rejection....

Emosi di saat anda kurang mendapat perhatian upline anda.....

Emosi anda di kala perhatian anda pada downline tidak dihargai....

Emosi anda di waktu menerima penyata bulanan ....

Emosi anda bila menerima saat kekalahan.....saat kemenangan....saat terdesak....saat tekanan.....

 

Nasihat ku cuma satu......walau apapun keadaan EMOSI anda di ketika ini, fikirkanlah satu perkara..... Seribu rezeki melangkah kepadamu jika anda  melangkah setapak mencarinya..... dan seribu keberkatan menghampirimu andai anda melangkah setapak menuju ke arahNya.....

Wallahualam.

 

13 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Monday, July 3rd 2006

10:28 AM

BLOG AKU KENA SUSPENDED!!!!!

  • Mood:

Hari ni tension giler pasal tempat aku berinteraksi dengan semua member-member dan downliner, telah digantung atas sebab teknikal. Tu ler cabarannya pada aku yang mungkin 'over explored'..... Ntah macamana dan entah apa yang aku buat, aku sebenarnya tengah nak siapkan satu lagi website untuk tujuan prosmosi......tiba-tiba je 'hang'....Disebabkan lama jugak aku tunggu, takde response, so akupun restart balik komputer. Mulanya tak perasan semua tu. Hari ni bila buka semula.....kononnya nak sambung balik, kerja-kerja yang pending....alih-alih kena suspended pulak....apalah nasib.  

Aku ingat semua entry aku sebelum ni mesti dah jadi kenangan je......tambahan pulak ada juga beberapa entry yang tak sempat di'back-up'.....Tapi, alhamdulillah, semua entry tu masih lengkap.....sehingga masalah ni dapat di'rectify', aku terpaksa loncat kat blog service yang lain.... So, buat masa ni aku sedang kembalikan semula blog kesayangan aku tu..... Untuk yang mana pernah miss entry aku sebelum ni, aku sertakan juga  beberapa entry di sini.......

 Kay...stop dulu. Nanti aku sambung semula.

3 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Friday, June 30th 2006

1:00 PM

BORN LEADER....TRAINED LEADER.....

  • Mood:

Kembali lagi di persada journal milik seorang insan biasa.....insan yang penuh dengan jiwa seorang pejuang......(chewah......dah start ler tu...).

Mungkin ramai yang di luar sana yang masih tidak kenal dengan aku. Hatta, aku sendiripun dah menjelajah jauh ke blog-blog atau journal rakan-rakan sst yang lain, maupun blog-blog pilihan....namun, aku cuma kenal pada nama saja.....betapa indahnya dunia biz begini,kan. Kenal-mengenal dan saling bertukar pengalaman walaupun kita semua berada di serata ceruk tempat....

Aku juga bertafakur sebentar selepas mengetahui musibah yang menimpa dua sahabat SST melalui blog Che Din dan Kak Mala.....ALFATEHAH dan TAKZIAH buat kedua keluarga Allayarham. Moga-moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang bertaqwa.

Semalam, sekali lagi aku berkesempatan menghadiri sessi training SST di Sungai Petani Inn. Macam biasalah.....agenda yang mungkin sama tetapi kian hari kian hebat dengan SISTEM yang makin mantap. Pelbagai mesej tersurat dan tersirat untuk dijadikan bekalan menuju ke arah KECEMERLANGAN..... 

Dan sekali lagi aku diberi peluang menjadi salah seorang 'speaker' dalam majlis tu. Ikhlasnya, peluang sebegini mungkin nampak macam satu 'penderaan' bagi sesetengah orang. Yelah pulak,kan....bukan senang nak bercakap berhadapan orang ramai yang semua mata mereka tertumpu pada kita....bukan juga senang untuk bercerita tentang sesuatu yang kita sendiri tak tahu apa yang mereka harapkan untuk mendengar....dan tidak juga mudah untuk menarik semua orang memberi tumpuan pada apa yang sedang dan bakal kita katakan.....

Tapi, bagi aku inilah masanya kita mendidik diri kita menjadi seorang Leader yang betul-betul komited....sebabnya, sedikit demi sedikit kita sebenarnya akan membina kekuatan dalam diri kita, membentuk keyakinan dan lebih fokus.

Aku tertarik dan kagum bila SPD Zul bercerita tentang pengalaman-pengalaman beliau dan perjalanan dalam SMART NACO sebelum  beliau sampai ke tahap ini.....Aku juga tertarik pada cara MC Majlis tu, PD Yusa mengendalikan sesi dengan gaya seorang Pakar Motivasi....Aku tersentuh dengan kesederhanaan PD Azri dan PD Ashrie.....dan pada sifu....SPD Khairul, itu tak perlu dipertikaikan lagi. Kita semua mengaguminya sejak kali pertama kita kenali beliau, setuju?

Tapi apa yang aku nak katakan hari ini....berkenaan topik di atas tu.....BORN LEADER vs TRAINED LEADER.

Kita semua setuju bahawa tidak semua di antara kita ini dilahirkan sebagai seorang BORN LEADER!!!! BORN LEADER yang telah dikurniakan dengan ciri-ciri semulajadi yang ada karisma dan aura yang tersendiri. BORN LEADER yang telah dianugerahkan satu keistimewaan yang kita boleh nampak dengan mata kasar bahawa mereka memang seorang LEADER.....

Tapi tahukah kita, sebenarnya mengikut kajian......majoriti LEADER HEBAT dalam dunia ni adalah sebenarnya datang dari kalangan TRAINED LEADER???? Dan ada di kalangan BORN LEADER yang tidak sehebat TRAINED LEADER?

Aku terbaca dalam sebuah artikel tentang seorang Pemimpin Sebuah Fahaman Agama, beliau adalah bekas seorang CEO syarikat Terkemuka. Katanya "Saya lahir dari golongan para usahawan, keluarga kami mempunyai empayar perniagaan yang diwarisi turun temurun. Hampir kesemua adik-beradik saya mewarisi perniagaan ini tetapi tidak semua di antara kami yang betul-betul berjaya....."

Katanya lagi, "Saya telah ditakdirkan menjadi seorang CEO...tapi CEO adalah cuma satu kedudukan...Kedudukan untuk diberi tugas-tugas seorang pemimpin.....Tapi untuk menjadi seorang yang benar-benar bergelar pemimpin, ia mestilah berkaitan dengan sikap,  perlakuan dan kejujuran pemimpin itu sendiri".

Ini adalah sebahagian seorang LEADER YANG SEJATI.....

EXAMPLE (CONTOH) - Atau bak pepatah "Someone who WALK THE TALK". Seorang yang menunjukkan contoh apa yang dia mahu orang lain lakukan atau tunjukkan. Seorang yang mampu melakukan tugasnya dengan baik untuk mempengaruhi orang lain melakukan perkara yang sama.

Dalam Smart Naco.....kalau kita mahukan sebuah team yang bagus, sebagai seorang Leader, kita sendiri kenalah tunjukkan contoh yang baik...Contoh yang baik tu, tak perlulah aku elaborate di sini...sebab boleh dikatakan setiap Post SPD Zul dalam blognya, berkali-kali disebut tentang ini. 

PERSUASION (MEYAKINKAN) - Seorang yang mahu mengubah dan mempengaruhi orang lain, tapi tidak suka mengarah.

Aku teringat satu peristiwa yang berlaku di sebuah kilang.....Sekumpulan pekerja-pekerja kilang sedang seronok merokok di satu kawasan dalam kilang yang sepatutnya menjadi tempat larangan merokok. Sudah banyak kali dimarah tapi mereka masih melakukannya. Satu hari, datang seorang Manager baru ternampak kumpulan pekerja ini yang leka berborak sambil merokok. Sambil perkenalkan diri dan bertanya khabar, beliau menanyakan rokok daripada salah seorang pekerja. Masing-masing hampir serentak menghulur dan menawarkan jenama rokok masing-masing. Manager tu kata,"Sebenarnya tak salah kalau kamu nak merokok dan berborak masa ni, tapi apa kata kita pergi ke tempat yang lebih selamat dan kawasan yang dibenarkan merokok......". Sejak tu, semua pekerja tu tidak lagi merokok di kawasan tu.

ETHICAL (BERETIKA) - Seorang yang menggunakan kuasa, sumber dan keupayaannya secara betul. Seorang yang membuat sesuatu untuk tujuan yang betul.

Kalau kita seorang Leader yang tidak beretika, dalam erti kata lain, menjaga kepentingan diri sendiri  atau untuk kepentingan sebilangan orang saja, maka lama-kelamaan anda akan keseorangan atau berada dikelompok anda sahaja. Berlaku jujurlah pada diri anda, berlaku jujurlah pada biz dan organisasi anda.

EFFICIENT (EFISYEN) -  Sebagai seorang Leader, kita ada tugas yang perlu dilakukan dan ramai di luar sana yang bergantung kepada kita untuk melaksanakannya dengan baik. Bila kita melakukannya dengan betul dan baik, kita sebenarnya telah menunjukkan tokoh seorang pemimpin walaupun kita tidak berada di posisi yang bergelar pemimpin.

EFFECTIVENESS (EFEKTIF) - Seorang yang pandai membezakan prioriti.

Di mana prioritinya seorang LEADER di antara menghadiri sesi training dan coaching atau dengan menunaikan janji kawan-kawan menonton bola secara live. Di mana prioriti seorang LEADER di antara membayar bil telefon untuk bertanyakan khabar downline-downline atau dengan membuat download melalui sms atau berbual kosong dengan kawan-kawan. Di manakah prioriti seorang LEADER di antara membaca dan mencari bahan berbentuk ilmiah untuk perbaiki diri atau dengan menonton cerita-cerita hiburan di channel tv.

Kesimpulannya di sini...... Kita semuanya adalah sebenarnya seorang LEADER. Tetapi dalam membentuk diri kita sebagai seorang LEADER, janganlah kita lupa, Contohilah LEADER KITA untuk membantu LEADER DI BAWAH KITA melaksanakan tugas mereka untuk membentuk seorang LEADER. 

Dan semoga aku akan menjadi seorang LEADER yang HEBAT juga......

Wallahualam.

Sila klik di sini, jika berminat menjadi ahli. Peluang dan tawaran istimewa menunggu anda (berakhir 31hb Ogos, 2006).

91 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Wednesday, June 28th 2006

12:55 PM

Kelajuan Tahap Maksima......

  • Mood:
  • Berita Terkini: Trip ke Johor pada 17hb - 19hb Julai, 2006. Trip ke Miri dan Brunei pula telah ditetapkan pada 20hb - 23hb Julai, 2006. Sessi Promosi dan Coaching - Pada yang nak join, sila sms 013-446 6944 / 019-521 6099. Lokasi dan Waktu akan diberitahu kelak. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami.

Assalamualaikum.....Salam Sejahtera......Zhao An.....Good Morning ....

Semalam ada orang tanya aku....kalau aku bawa kereta, apakah tahap kelajuan paling tinggi yang pernah aku bawa.....Aku tanya dia balik, kenapa? Macam nak ajak aku race je...Dia ketawa...

Tapi apa yang kawan aku story tu... tak perlulah aku cerita kat sini pasal cerita diapun sama dengan apa yang aku nak katakan hari ni.....walaupun versinya berlainan.

Biar aku rephrase semula soalan itu...."SUDAHKAH ANDA MENCAPAI TAHAP KELAJUAN MAKSIMA DALAM SMART NACO?"

Kalau nak didefinasikan Kelajuan Maksima tu...semuanya tu berbentuk subjektif....Laju yang macamana?....berapa km/j? Semua orang mempunyai intepretasi tahap kelajuan yang berbeza...

Ada banyak benda yang boleh dikaitkan dengan persoalan di atas.

KEYAKINAN - Bila sebut maksima.....berapakah tahap kelajuan paling laju anda berani bawa? 140km/j? 160km/j? Atau semaksima mengikut kemampuan kelajuan kereta tu? Di Smart Naco, adakah anda cukup yakin dengan apa yang telah anda setkan dalam MINDSET anda?...jika anda mahu mencapai tambahan 15000PV bulan ni....adakah anda yakin dengan pilihan anda tu?

KEMAMPUAN - Anda yakin anda boleh mencapai kelajuan 180km/j..... tapi anda sedang memandu Nissan Sunny 130Y.....atau KE 30....Agaknya, berbaloikah anda tetapkan 180km/j tu? Inilah yang dikatakan LUMRAH ALAM.....setiap makhluk Allah, telah diciptakan dengan setiap Kelebihan dan Kelemahan.....Jadi hanya anda yang tahu diri anda sendiri..... MATLAMAT anda adalah KERETA anda... terpulang pada anda macamana nak tingkatkan  kemampuan diri anda sendiri...

KOMITMEN - Anda berani dan yakin memandu dengan apa jua kelajuan....apa jua keadaan....tapi bagaimana komitmen anda pula? Perjalanan anda mungkin singkat dan mungkin juga jauh.... Namun walau berapa dekat sekalipun, kalau komitment anda untuk memandu ditahap zero.....anda tetap tak mungkin sampai ke tempat yang anda nak tuju....Biar anda diberi Turbo sekalipun....tidak mendatangkan makna. Jadi, komitmen anda untuk melaksanakan tugas anda sebagai USAHAWAN juga ibarat keinginan anda untuk memandu kereta.....Semuanya telah tersedia.....cuma menunggu kesediaan anda untuk melaksanakannya.....

KEAZAMAN - Seorang pemandu yang komited tak semua mempunyai keazaman yang tinggi....Ada banyak faktor yang mendorong keazaman masing-masing.....Ada orang yang suka menjadi follower, ada yang suka berlumba, ada yang suka rilex dan bermacam lagi.....Anda pula jenis pemandu yang macamana? Jika anda menjadi seorang yang rilex, bermakna anda memang suka melihat bilangan kereta yang meninggalkan anda.......atau jika anda suka berlumba, mungkin anda tak sedar bahaya yang mungkin menimpa anda di hadapan......atau boleh jadi juga jika anda seorang yang terlalu berhati-hati, keazaman anda akan tergugat bila sesuatu yang tak disangka berlaku membuatkan anda terus tarik diri tak mahu teruskan perjalanan.........

Pokok pangkalnya......kita semua ibarat pemandu.....dan tiada siapa yang dapat menentukan perjalanan kita melainkan diri kita sendiri...... Tiada siapa yang mampu merubah perjalanan hidup kita melainkan diri kita sendiri......Dan Hanya diri kita juga yang mampu memilih route yang kita mahu lalui....

Wallahualam....

Jadi sesiapa yang mahu menuju destinasi yang sama di dalam Smart Naco ni......keretaku masih ada ruang. Dipersilakan dengan hati terbuka......KLIK KAT SINI.

13 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Monday, June 26th 2006

10:40 AM

Konsep 4S - Selling, Sponsor, Servicing and Schooling.......

Tak sempat nak update weekend ni..... aku kembali melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang Leader. Konsep 4S yang amat penting dalam mana-mana MLM yang berjaya......Aku pasti, semua orang mampu lakukan 2 konsep pertama tu......."Selling" dan "Sponsor" tapi masih ramai yang mengabaikan lagi 2 Konsep "Servicing" dan "Schooling" tu......

Apa-apapun, biz masing-masing....jadi jika anda nak berjaya...... Jangan anda sekali-kali "terpesong" dari apa yang ditetapkan.....Jika anda mampu mencipta kejayaan "Jutawan Segera" maka anda akan kerugian menuju ke arah Usahawan Sejati.....kerana "Jutawan Segera" tidak termaktub dalam kitab perniagaan MLM....Dan pendapatan anda tidak mampu mencapai tahap "Residual" kerana lama-kelamaan ia ibarat buah ranum yang tidak diusik.....menjadi busuk dan kecut dihurung agas......Tapi jika kita makan buah tu, dan ambil bijinya untuk ditanam semula.....maka berapa banyak buahnya dapat dimanafaatkan oleh orang lain......

Weekend kali ni tertumpu kepada 2 konsep terakhir tu..... tapi aku masih gagal memberikan komitmen 200% bila aku gagal membawa beberapa downline aku ke meeting yang dianjurkan...mungkin silap aku, sebab bagi notis last minute...jadi macam-macamlah alasan yang diterima....bagi aku apapun alasan yang diberi, setiap orang mestilah jujur dengan biz mereka sendiri.....tepuk dada, tanya diri sendiri.....Bagi aku, apa jua yang berlaku, perjalanan aku harus diteruskan....kerana niat aku ikhlas, memberi bantuan pada yang memerlukan.

Perjalanan kali ni berbeza sikit.....aku tak drive macam selalu....aku tak ambil flight untuk kejar masa...kali ni kami nak rasa experience yang berlainan sebagai persediaan untuk tugas yang lebih mencabar penghujung Julai nanti..... Kali ni aku naik bas....Sikit punyer syok tu, beb. Nak test ketahanan mental dan fizikal kami....sebelum menjelajah lebih jauh ke negeri orang.

Seingat aku, ni ler kali pertama selepas lebih 10 tahun aku dengan rutin naik bas turun bas express.... tapi dulu tu sebab nak balik kampung....kali ni sebab IgG Plus....Kira okaylah tu, pakai driver. Gempak sikit, yer tak...

Lepas jer kerja hari jumaat, aku bertolak malam tu juga....Ambik bas terakhir ke Puduraya. Hampir setiap jam bas tu berhenti....jadi sepanjang malam aku tak boleh lena. Nak tengok pemandangan malam pun, almaklum sajalah....entah hapa yang aku nampak. Member aku tu.....??? Syok betul dia lena. Sampai aku turun naik baspun dia tak sedar. Masing-masing ambik single sitter....selesalah gamaknya tu...

Sampai kat Puduraya pukul 6.15 pg. Kononnya nak ambik cab jer ke KL Sentral....Ada ke patut dari situ depa nak charge kami sampai RM15..... Buat apa nak bayar untuk benda yang tak sepatutnya....so, lepas discuss ngan member aku, we all decided berjalan je ke stesen Putra....elok juga, sekurang2nya boleh exercise...berpeluh jugalah..(aku pasti mesti banyak juga kalori kami yang hilang)....dari Masjid Jamek kami dikenakan charge RM1.30 je seorang....Phehhh....sikit punya geram jugak kat pemandu teksi tu....

Dari KL Sentral ke Kajang..... Sampai di sana, sempatlah kami mandi dan bersarapan sebelum memulakan aktiviti.... Boleh dikatakan semua event tu dapat aku rakamkan tapi atas sebab-sebab tertentu tak dapatlah aku siarkan di sini..... Nanti ada pulak yang saman aku....siarkan gambar tanpa kebenaran....Sabtu banyak event coaching saja. Untuk yang baru sign-up, aku galakkan mereka memulakan biz ni secara on-line. Aku propose juga beberapa web hosting yang mereka boleh pilih, dan aku berikan juga beberapa tips untuk mengembangkan biz ni melalui internet.

Ada juga yang tak tahu langsung tentang cara untuk membina website......kalau nak diikutkan, aku dulupun zero tentang tu.....tapi, Smart Naco beri aku banyak inspirasi....demi biz ni, aku tiba-tiba je jadi 'agak mahir' sekarang....walaupun setiap hari ada banyak lagi yang perlu aku belajar. Sekarang ni lah masanya juga, aku salurkan pengetahuan aku pada semua downline aku, untuk dimanafaatkan bersama.... Pada sesiapa yang nak belajar tentang BINA WEBSITE SENDIRI....boleh sms atau call aku 013-446 6944 atau email ke anlasim@hotmail.com . Pada yang berhasrat nak buat biz ni dan sekaligus nak bina website sendiri, bolehlah DAFTAR DI SINI.....insyaAllah, aku akan guide anda menjadi seorang ON-LINE BUSINESS PERSON tanpa apa-apa bayaran.....(tawaran terhad kepada 6 orang pertama sahaja setiap bulan).

Perjalanan aku agak menarik bila aku bertemu dengan seorang yang pernah melibatkan diri dalam dunia MLM....yang juga seorang ahli professional sebagai kerjayanya. Pernah bergiat secara aktif dalam A*K** dan N**W*** *1. Dan kami amat kagum dengan personalitinya.....Yang aku pasti, dia bakal menjadi seorang Leader yang HEBAT, sedikit masa lagi. Mungkin rezeki kami berjumpa dengan dia, sebab dia telah hubungi beberapa Leader Smart Naco, tapi kami yang lebih bernasib baik. Alhamdulillah.

Masa kami sampai je ke rumah beliau, secara kebetulan serentak dengan laungan azan zohor. Terus dia pelawa kami ke bilik tetamu, tunaikan solat dulu. Kemudian barulah kami memulakan sesi....banyak betul idea dan testimonial yang dapat dikongsikan bersama....

Begitu juga pertemuan kami dengan adik Faizal Arif. Kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan, memang sesuatu yang membanggakan. Tahniah dan Syabas diucapkan....jika Faizal berterusan begini, kami yakin, beliau juga bakal menjadi seorang USAHAWAN SEJATI......

Terimakasih juga kepada semua downline yang sempat kami coach....Pada Sis Hanim dan Ya.... Juga pada Kak Aini dan Azam.....Good Luck pada you all.

Hujan Ribut Atau Angin Kencang.....Tanggungjawab tetap dilaksanakan.

Coaching Session dengan Adik Faizal Arif. Steady la Dik...

Sambil menyelam, minum air.....sambil buat coaching, sempat jugak melayan sikenit

Di rumah salah seorang prospek. Member aku tu tengah demam tapi tetap bersemangat memberi penerangan.

Dah le sesat sampai dua kali masa mencari lokasi Subang Parade....sempat juga jamu mata dengan satu pemandangan di Shah Alam.

Satu Strategi Atau Taktik Kotor??? Siapa punya angkara.... Sempat juga merakamkan satu iklan yang dipaparkan. Yang peliknya RM**,**** dijamin dalam masa 6 bulan!!!!

Dalam perjalanan pulang membawa satu kepuasan......

Okay, jumpa lagi.....

0 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Friday, June 23rd 2006

10:09 AM

Bersedia untuk Gear Pecut...........

  • Mood:
  • Berita Terkini: Yang berhajat untuk merasa pengalaman menjalani biz ke Indonesia, Brunei dan Singapura, boleh join aku sekarang.....Trip ke Sarawak dan Brunei pada 21hb - 25hb Julai akan datang. Yang berhajat boleh sms 013-446 6944 / 019-521 6099. Bakal Leaders......HERE WE COME!!!!

 

Alamak, gambar goyang sikit, pasal tangan terketaq-ketaq bila berada di kalangan SUPER LEADER tu (SST Founder - Khairul, SPD Zul, PD Azri, PD Wahab dan boss office aku, Puan Rashidah) .... aik, ada orang tumpang ambik AURA nampak....

Tengah enjoy ber'coaching' dalam suasana yang paling HARMONY.... tu yang hujung baju oren tu, siapa lagi kalau bukan Che Din kita..... Serius je bro.....

Jangan kata COACHING tu TAK PENTING.... tengok tu, PD Wahab yang dah 5 figure pun tengah ber'coaching' dengan SPD Zul.... Cayalah Boss...Tu semua boss aku ler tu. Aku nyer gambar mana? Sorry ler beb, tengah sibuk ambik AURA la.

 

Semalam event aku agak tight sikit. Pagi lagi aku bukak email sebelum mulakan kerja-kerja office. Sekarang ni, alhamdulillah, email aku tak putus-putus didatangi oleh prospek-prospek IgG Plus. Sekali lagi aku terima prospek Brunei dan Indonesia dan beberapa prospek tempatan. Nak buat semua memang la tak tercapai....so, ni ler masanya kita menghargai downline-downline yang sama-sama berjuang dengan kita.

Tahniah pada Puan Rashidah...... dari listing yang aku bagi tu, 4 orang nak sign-up. Kalau hari-hari macam ni, makin cepatlah aku SAY GOOD-BYE kat member-member office..... Dan thanks pada SPD Zul, sebab bantu aku to explain pada prospek JAWA BARAT tu. Itu lah indahnya biz ni....macam yang aku katakan selalu. Tak mungkin anda akan dapat merasakannya jika anda sendiri tak melakukannya bersama kami.....So, apalagi klik kat sini.

Sessi coaching semalam bermula agak lewat, sebab kami sibuk membincangkan berbagai strategi pasal biz ni.....I tell you, memang enjoy sungguh. SPD Khairul pulak sibuk buat test untuk Online Conference. PD Wahab dan PD Azri, memberikan tips-tips dan menceritakan perjalanan mereka  minggu lepas. Nak tau lebih lanjut bole ler lawat Journal Ni....Dan member aku yang baru balik dari Jakarta, dengan journey JEJAK KASIHnya (apa lagi, kat sini ler)......dan aku biasalah....paling setia mendengar dan mengambil data-data penting untuk Diari Journey Success aku.

Paling aku teruja bila SPD Zul tunjukkan aku income yang PD Wahab dapat.......WOW....nak melompat aku dibuatnya. Dan PD Wahab pulak sibuk cerita, ada orang nak pergi buat booking untuk Brand New Car......Cayalah.....Cuma lupa nak tanya, sapa orang yang dia maksudkan. PD Azri, kot!!! Satu lagi SUCCESS STORY yang dapat kita kongsi. Bukan senang atau selalu kita dapat dengar cerita sehebat ni.....

Lepas je Maghrib, kami bertolak ke Kuala Ketil..... Dah ler highway tu gelap, kami lak tak biasa lalu ikut highway Kulim. Telefon sana sini mintak direction ke sana. Sampai je ke Kuala Ketil, kami disambut oleh Kak Pah....Perbualan yang ringkas tapi aku tabik dengan kak Pah ni..... beliau bercerita pasal dia dahpun bercerita sana-sini tentang susu ni, walaupun sebelum sign-up lagi. Tak sangka, sambutan kawan-kawan amat menggalakkan......tu belum jual lagi....kalau dah start menjual aku rasa mesti meletup!!!! Yang bestnya, dia bercerita pun hanya melalui pengalaman beliau sendiri yang pernah menggunakan susu tu......dan melalui beberapa sample yang dia beri pada kawan-kawan yang ada masalah kesihatan......MEMANG HEBAT. Ni dah joinpun.....pastinya kami tak akan tinggalkan Kak Pah!!!!

Okaylah, aku terpaksa berundur. Nanti sambung lagi another success story.

Untuk yang sudah mula berhajat untuk bersama kami....Klik Kat Sini

14 Sila Komen Di Sini / Baca Komen

Thursday, June 22nd 2006

5:20 PM

Tanggungjawab, Komitmen dan Keazaman

  • Mood: Busy Giler!!!!
  • Berita Terkini: Selamat Datang kepada Asrul Aidi (Kelantan) dan Puan Latifah (Kuala Ketil). Tunggu kemunculan beberapa website yang akan dilancarkan minggu hadapan....Trip kami ke sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pada 24hb - 25hb Jun, 2006. Sesiapa yang berminat bolehlah sms ke 013-4466944 / 019-5216099. Pada semua downline yg perlukan bantuan, sila hubungi di talian yang sama. Sessi coaching terbuka pada 25hb di Kajang.

Agak lewat hari ini aku memulakan blog.... bila kita telah meletakkan tanggungjawab sebagai seorang Leader, maka kita sudah menyatakan KESEDIAAN kita terhadap Komitmen kita.......

TAHNIAH pada bakal-bakal LEADER yang mula menunjukkan kesungguhan..... pada Abgz, Pn. Rashidah, Sis Nazrin dan 'sekutunya'. InsyaAllah, beberapa website akan di'launch'kan minggu hadapan.  Buat masa ni, aku masih lagi sibuk membantu semua rangkaian aku menyiapkan website masing-masing sebagai galakan untuk menyahut cabaran ini. Dan itulah juga salah satu proses menggalakkan mereka mendekatkan diri ke alam ONLINE BUSINESS. Dan sesungguhnya, aku sentiasa terbuka dan bersedia menanti kedatangan kalian untuk sama-sama meniti KEJAYAAN MENUJU PUNCAK bersama SST-SMART NACO. Pada yang mungkin berhajat, bolehlah layari laman web ini.......

Ada yang masih teragak-agak untuk memulakan biz ini......bimbang dan tak yakin.....

JANGAN BIMBANG...... selagi aku diberikan kudrat ini, aku akan usahakan juga memberi sokongan dan bimbingan..... dan mungkin ada sesetengah perkara, kita akan belajar bersama-sama.

Satu pesananku, untuk memahami semua kehendak kalian sememangnya aku tak mampu, tapi datanglah berbincang dan sentiasalah menghubungi aku di sini, jika ada sebarang kemusykilan. InsyaAllah......aku di sini sentiasa bersedia. Mungkin ada juga berlakunya sedikit kelewatan tu.......tapi yang pasti, aku pasti membantu.

Hari ini ringkas saja. Nanti kalau berkesempatan......aku sambung semula. Bye.

26 Sila Komen Di Sini / Baca Komen